Pengantin lelaki hanya memakai seluar dalam manakala pengantin perempuan pula hanya memakai bra dan seluar dalam berwarna merah. Ketika itu mereka berada di atas katil dan hanya menutup badan dengan menggunakan selimut merah.
Namun beberapa lelaki cuba menanggalkan bra dan seluar dalam wanita terbabit ketika dia terkial-kial untuk menutup badannya dan mengelak daripada dilondehkan.
Manakala suaminya pula cuba menutup badan isterinya dengan selimut. Klip video itu berakhir apabila pengantin wanita membelakangkan tetamunya dan membetulkan tali branya.
Melalui hasil tinjauan kami di mymediasosial video tersebut telah ditonton oleh lebih 500,000 kali.Orang ramai yang melihat klip berkenaan meneka bahawa pengantin terbabit adalah dari wilayah Henan, berdasarkan kepada perbualan mereka.
Ia juga mengundang kemarahan ramai dengan ramai yang mempertikaikan kenapa pengantin lelaki tidak marah tatkala tetamu cuba membogelkan isterinya.
Kebiasaannya acara permainan itu diatur oleh rakan rapat pengantin