IBU kepada bintang muda kelab bola sepak Arsenal, Ainsley Maitland-Niles mendakwa hidup gelandangan dengan tidur di stor sejuk beku, sementara anaknya tinggal di apartmen berharga £700,000 (RM3.8 juta).
Jule Niles, 38, memberitahu Daily Mail, anaknya yang menerima gaji £30,000 (RM161,966) seminggu enggan menjadi penjamin untuk membolehkan dia menyewa sebuah flet.
Sementara Maitland-Niles, 20, bersama adiknya, Cordi tinggal di rumah mewah, Jule terpaksa mencuri-curi masuk ke gudang Big Yellow Storage untuk tidur di dalam sebuah tempat penyejuk yang tidak digunakan.
Dia juga menyambut Krismas di tempat yang sejuk itu seorang diri dan makan malam di sebuah pusat untuk gelandangan berhampiran.
Jule memberitahu, dia mula tinggal di kotak besi itu sejak tiga bulan lalu selepas hubungan dengan pemain tengah bernilai £15 juta (RM81 juta) terbabit mula regang.
Anak saya boleh membelikan saya sebuah rumah flet dengan dua minggu atau dua bulan gajinya.Bagaimanapun, apabila wang menguasai dirinya, saya berada di kedudukan ini.Anak saya bermain untuk Arsenal, sementara saya pula tidak berumah dan tinggal di dalam tempat penyimpanan barang,” jelasnya.
Respon Fb :
Ptut laa arsenal dok klah jaa..msti mak dy doa anak dy plak brasa ksusahan n kkalahan
Dari pengurus club.. Club.. Player tua.. Player muda kalau dah nama arsenal ni mmg bangang
Kot2 budak tu pun tak dijaga kebajikan dek mak eh dr kecik..ntah2 dah jd player arsenal baru mak die terhegeh2 nk ngaku anak..kalau pikir betul2..adik die dibawak plak duduk sama..mak die dibiarkanje.. tak kn lah rase syg kt adik melebihi mak diem.kecuali masa membesar dieorg dulu..dieorg berdua je..mak tak nampak batang hidung..jadi sang anak tu tak peduli pun ade mak atau x dlm life dieorg..mungkin lah…
Si tanggang moden. Just nk ingatkan ko bro, ko tk selamanya diatas satu masa ko dibawah baru ko tahu langit itu tinggi @ rendah. Alah dah byk org putih football player yg jutawan boleh muflis. Jgn ko cedera parah time main bola Sudah.