KALAU sudah gila seks, tak kira di mana jua asalkan ada peluang pasti mereka akan lakukannya. Orang seperti ini amat berbahaya dan harus dihukum.
Seorang penumpang wanita bernasib malang apabila diraba di bahagian dada oleh seorang penumpang lelaki ketika tidur di dalam sebuah pesawat di Indonesia.
Menyedari dirinya dicabul, wanita berkenaan lantas mengenalpasti lelaki tidak bertanggungjawab itu dan terus memukulnya.
Menurut laporan berita sana, mangsa yang berang menumbuk muka lelaki berkenaan beberapa kali sambil menyuruhnya mengaku melakukan perbuatan keji itu, ketika pesawat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Palembang.
Suasana tegang akhirnya dapat dikawal apabila pramugari berjaya menenangkan mangsa.
Berikutan itu, wanita dikenali sebagai Wandiyanthi membuat laporan polis agar tindakan undang-undang dapat diambil terhadap lelaki berkenaan.
Walaupun sudah menerima permohonan maaf daripada lelaki terbabit, Wandiyanthi menyatakan dirinya masih trauma dan tetap akan meneruskan tindakan undag-undang supaya kejadian serupa tidak berulang.