Kasihan Nur Sajat ni, selalu kena hina dan perli pasal jantina dia di media sosial. Ramai yang tak sudah-sudah lemparkan hentaman sebab jantinanya.
Kali ini dia tampil menjelaskan mengenai bahagian sulit berkenaan melalui satu video yang dimuatnaik olehnya baru-baru ini. Jom layan video dibawah…
Nur Sajat Terduduk Kaku Bila Sejarah Kisah Hidupnya Bermula Dari Hospital Yang Buat Netizen Percaya Kepada Dia…Bukan Ini Yang Dia Mahukan..
Nur Sajat Terduduk Kaku Bila Sejarah Kisah Hidupnya Bermula Dari Hospital Yang Buat Net
Sejurus selepas dia dilahirkan, pihak hospital terperanjat kerana mendapati dia memiliki dua alat sulit. Bagaimana takdir Allah itu harus ditangani?
BIAR apa jua gelaran diberi seperti pondan diva, Ratu Mak Nyah dan sebagainya; Nur Sajat tetap utuh berdiri melebarkan sayap perniagaannya. Tidak mudah melatah, dia optimis hanya berpegang kepada pendirian positif; ia bisa mengubah segalanya. Sering kali diasak mengenai status dirinya dahulu, kini pemikirannya jauh berbeza.
Perkenalkan diri Sajat kepada pembaca?
Saya berasal dari Sitiawan, Perak. Bapa saya dahulunya adalah pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia tetapi sudah bersara awal. Emak saya pula pernah bekerja sebagai pembantu makmal di sekolah, juga kini telah bersara. Saya adalah anak keempat daripada tujuh adik-beradik. Keluarga saya biasa sahaja, sederhana semuanya. Bapa saya bersara awal dan kemudiannya berniaga kain di pasar malam sekitar Manjung, Lumut dan Sitiawan untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga.
Sejak bila dan bagaimana Sajat menyedari dilahirkan sebagai khunsa?
Nur Sajat Terduduk Kaku Bila Sejarah Kisah Hidupnya Bermula Dari Hospital Yang Buat Net

Tanggal 23 Februari 1985 di Hospital Lumut, tarikh keramat inilah yang telah membongkarkan segalanya. Pada peringkat awalnya, ia dianggap sebagai rahsia keluarga saya. Untungnya dahulu, pegawai tentera mempunyai kelebihan dalam mencuba kelengkapan atau peralatan perubatan yang dianggap canggih. Umpamanya mereka diberi peluang untuk mencuba terlebih dahulu berbanding orang awam.
Dan ketika awal kehamilan emak saya, hasil ujian imbasan kandungan bayi mendapati jantina saya adalah perempuan. Malah nama asal saya adalah Nur Sajadiah binti Kamarulzaman. Selepas dilahirkan, Menurut emak dan ayah; baik mereka juga pihak hospital terkejut melihat saya kerana mempunyai dua alat sulit. Mungkin pandangan serta nalurinya berpendapat saya lebih cenderung ke arah lelaki, maka saya dibesarkan sebagai anak lelaki.
TUKAR NAMA
Nama saya juga ditukar kepada nama lelaki serta cara saya dibentuk juga berubah. Yalah, ayah seorang yang tegas. Maka segala keputusan terletak di tangannya. Namun demikian, emak dan ayah mula melihat perubahan pada diri saya ketika saya berumur dalam lingkungan enam tahun (tadika). Menurut emak, ketika kecil saya lebih menggemari permainan kanak-kanak perempuan seperti bermain anak patung dan bukannya bermain alat permainan yang sinonim dengan kanak-kanak lelaki.

Memandangkan saya masih kecil, maka saya tidak tahu- menahu jauh sekali memikirkan apa yang akan saya tempuhi dalam jangka masa panjang. Dalam sijil kelahiran juga tertera nama saya lelaki dan selepas apa yang berlaku, ayah mahu menukar semula nama saya kepada nama perempuan. Dan pihak berwajib memerlukan dokumen-dokumen lain sebagai sumber rujukan.