Terdapat banyak sebab mengapa seseorang lelaki ataupun perempuan itu akan curang. Kadang-kadang ianya boleh terjadi disebabkan oleh kebosanan, keperluan yang tidak dipuaskan, keseronokan atau hanya mahu membalas dendam semata-mata.
Apabila kepercayaan dalam perhubungan itu retak, adalah sukar untuk pasangan untuk melupakan peristiwa tersebut.
Hubungan sulit sering menjadi penyebab kepada keretakan perhubungan apabila ianya membawa kepada perasaan tidak selamat, perasaan amanah, tidak dihormati, komunikasi satu hala, dan pergaduhan yang berterusan.
Terdapat yang mengatakan “kepercayaan ini adalah seperti kertas, sekali ia remuk, ia tidak boleh dibaiki”. Mungkin ia sering menjadi penyebab mengapa ramai pasangan berakhir dengan perpisahan apabila ditangkap curang memandangkan kepercayaan ini adalah perkara asas yang penting dalam perhubungan.
Seorang kekasih lelaki yang mengesyaki pasangannya curang dengan lelaki lain tetapi tidak mempunyai bukti sama ada firasatnya betul. Keadaan ini membuatkan lelaki ini meminta Dennis Ce dan ahli pasukan untuk membantu beliau mendapatkan jawapan sama ada syak wasangkanya adalah betul atau sekadar paranoia.
Dennis Cee dan pasukannya memasang kamera dan mengikuti kehidupan seharian kekasih lelaki tersebut ke mana-mana beliau pergi; yang akhirnya telah menunjukkan yang sememangnya perempuan itu mempunyai pasangan lain.
Dennis mengambil lelaki tersebut di hadapan rumahnya untuk menunjuk bahawa pasangan lelaki tersebut keluar dengan lelaki lain. Lelaki tersebut telah mengetuk pintu kereta untuk berhadapan dengan mereka tetapi melihat kekasihnya yang sedang telanjang dengan lelaki lain. Lelaki itu tidak membuka pintu kereta tetapi telah menolak keluar perempuan yang sedang telanjang itu keluar dari pintu dan terus meninggalkan mereka.
Perempuan yang kantoi iatu telah marah apabila mengetahui kekasihnya telah mengikuti dan berdepan dengan dia. Ianya dapat dilihat daripada video apabila lelaki itu kelihatan sungguh kecewa dan sedih apabila mengetahui kekasihnya telah curang. Beliau berkata yang kekasihnya berhak untuk menerima apa yang sedang berlaku selepas meninggalkan kekasihnya yang separuh telanjang di jalan raya.
Dalam satu malam, dua laki telah meninggalkan perempuan ini. Video ini menunjukkan bahawa menghormati diri sendiri (self-respect) sangat penting agar orang lain akan menghormati anda juga. Banyak masa yang dihabiskan di dalam hubungan sulit akan berakhir dengan penghujung yang tidak baik; sama ada anda akan kehilangan seorang atau kedua-duanya.
Curang bukan suatu alasan pada sebarang masalah yang dihadapi di dalam mana-mana hubungan; ianya adalah baik untuk berbincang atau menyelesaikan masalah dengan pasangan masing-masing. Sekiranya ianya tidak berjaya, maka memutuskan hubungan boleh menjadi jalan penyelesaian yang baik berbanding menjalinkan hubungan sulit.
Adakah anda rasa perempuan ini layak ditinggalkan separuh telanjang di dalam kawasan yang gelap? Kongsikan pandangan anda!